Anak TPM anggap kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh isu kecil

nurul-zahidPETALING JAYA: Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berpendapat bahawa isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia sebagai suatu isu yang kecil dan tidak seharusnya diperbesarkan.
Menurutnya, perkara utama adalah cara untuk membentuk rakyat Malaysia, khususnya belia menghormati negara sendiri tanpa melaporkan perihal negara kepada negara luar.
“Isu yang dimainkan adalah agak kecil jika dibandingkan dengan bagaimana untuk membentuk rakyat Malaysia, BELIA khususnya akan kesedaran untuk menghormati negara sendiri tanpa menghina dan mengadu domba perihal negara kpd negara luar?” tulisnya di Instagram menggunakan akaun @limatangonovzulu, hari ini.
Nurulhidayah berkata, rakyat di negara ini juga haruslah memikirkan bagaimana untuk memupuk semangat yang lebih patriotik dalam kalangan belia.
“Bagaimana untuk memupuk semangat yang lebih patriotik dikalangan belia. Bagaimana hendak bentuk jati diri yang lebih kuat? Itu yang paling perlu untuk kita kuatkan akar ASAS agar kita lebih kuat dan bersatu.
“Jika kita bersatu, datanglah 1.5 juta Bangla, Vietnam, Nepal dan sekali pun kita tak akan goyang. Ok. Drop the subject! If i cant be seen to be in Rakyat SHOES, at least i hv EFFORT to be in the SOLDIER BOOTS!” ujarnya.
Semalam, bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikecam kerana mencabar belia melakukan kerja 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’ dan ‘dirty’ jika tidak mahu pekerja warga asing dibawa masuk.

0 Response to "Anak TPM anggap kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh isu kecil"

Post a Comment