SHAH ALAM :Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan Malaysia supaya melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebagai galakkan kepada anak muda supaya menceburi bidang kerja yang kebanyakkan diisi oleh warga asing.
Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Fadzil berkata, cabaran yang dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang meminta anak muda mengambil alih kerja yang diisi pekerja asing cukup menarik tetapi ia separuh matang.

“Saya nak tanya adakah Ahmad Zahid benar-benar memahami kenapa anak muda hari ini enggan bekerja di sektor perladangan atau mana-mana sektor yang disebut 3D atau Dirty, Difficult and Dangerous (kotor, sukar dan bahaya)?
“Sepatutnya beliau melalui mesyuarat Kabinet menggesa supaya melaksanakan langkah meningkatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 dan memastikan pekerja bukan sahaja terjamin tetapi diperkukuh terutama dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Menurut beliau, Zahid perlulah menggesa supaya Putrajaya melaksanakan langkah ini bagi memastikan sistem pendidikan vokasional menyediakan golongan muda dengan rangkaian atau jaringan industri lebih menyeluruh.
“Begitu juga dengan memberi insentif kepada pemodal, pemilik syarikat dan paling penting untuk anak muda mengambil alih kerja-kerja yang dimonopoli pekerja asing terutama melalui geran bagi meningkatkan teknologi dalam bidang kerja.
“Tanpa melaksanakan langkah-langlah ini, gesaan Ahmad Zahid hanyalah retorik semata-mata dan bukan niat ikhlas bagi membantu anak muda mengambil alih kerja yang diisi pekerja asing,” katanya.
Related Posts :
Malang Nasib Berpuluh Pelajar Perempuan Digantung Sekolah Kerana Memakai Seluar Ketat. LOS ANGELES: Berpuluh pelajar perempuan sekolah menengah di negeri Florida berang apabila diancam penggantungan kerana memakai legging (s… Read More...
Penjual Ini Selalu Menyembunyikan Sesuatu Pada Dagangannya, Hingga 20 tahun kemudian, Penjual Tersebut Terkejut! “Kalian adalah penolong bagi Direktur perusahaan kami, Direktur perusahaan kami suka sekali makan lauk telur dan daging masakan kalian.… Read More...
Penjual Ini Selalu Menyembunyikan Sesuatu Pada Dagangannya, Hingga 20 tahun kemudian, Penjual Tersebut Terkejut! Pemilik warung berbisik kepada istrinya, “Jika bocah kecil itu tahu bahwa kita menambahi lauk di atas nasi putih tersebut maka … Read More...
Akhirnya Neelofa Terpaksa Berlaku Jujur Menjawab Kes Jadi Isteri Muda Bekas Perdana Menteri.. Mengejutkan!! Pelakon dan pengacara Noor Neelofa Mohd Noor, 26, menafikan dakwaan yang mengatakan dia menjadi isteri ketiga kepada seorang bekas ment… Read More...
Penjual Ini Selalu Menyembunyikan Sesuatu Pada Dagangannya, Hingga 20 tahun kemudian, Penjual Tersebut Terkejut! SINGKAT CERITA WAKTU BERLALU … 20 TAHUN KEMUDIAN Suatu hari, pasangan suami istri yang sudah paruh baya ini menerima surat pemberi… Read More...
0 Response to "Gesa Laksana Gaji Minimum RM1,500 Sebulan Untuk Tarik Minat Golongan Muda"
Post a Comment