PERMOHONAN ONLINE RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA (RMR1M)

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M yang telah disediakan. Borang permohonan kini (2015) hanya boleh diambil di pejabat wakil rakyat untuk mengelakkan salah guna dan untuk lebih telus.


Walaupun begitu, terdapat beberapa syarat dan terma yang perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan skim ini. Bukan semua orang layak untuk menikmati program pemilikan rumah mesra rakyat ini, memandangkan ia mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.


Syarat AM RMR1M
Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
Tapak keluasan minimum 2,800kps/3,200kps/3,600kps.
Tertakluk kepada pinjaman bank.



Update Terkini:
Kategori rumah, syarat terkini serta cara memohon RMR1M telah dipinda untuk berikan lebih ruang dan peluang kepada rakyat. Sila rujuk artikel ini -Kategori, Syarat serta Cara Mohon RMR1M Terbaharu

Apakah yang menariknya mengenai rumah mesra rakyat 1 Malaysia ini? Untuk info, untuk pembelian rumah RMR1M, anda akan menerima subsidi daripada kerajaan sebanyak RM20,000. Dan anda juga menerima 2% subsidi kerajaan pada pinjaman kadar faedah bank. 

Ada dua cara untuk memohon, iaitu secara online atau menerusi pejabat SPNB yang berdekatan. Malah sebenarnya anda boleh meminta bantuan waklik rakyat serta pejabat penghulu untuk membanti mendapatkan RMR1M ini.


Dapatkan borang permohonan RMR1M dari Pejabat Adun atau Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit atau boleh muat-turun percuma di sini - Borang Permohonan RMR1M Percuma
Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit
Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.
Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
Bagi anda yang mahu membuat permohonan secara online, sila muat turun panduan atau manual pengguna yang telah disediakan di sini - Manual Pengguna RMR

Bagaimana rupa bentuk rumah RMR1M ini yer ...?? Ok, saya kongsikan kepada anda beberapa illustrasi mengenai rumah konsep yang telah disediakan oleh SPNB.
Rekabentuk Rumah RMR1M




Bagi permohonan di Sabah dan Sarawak, anda boleh rujuk entri ini - Permohonan dan Borang RMR1M Penduduk Sabah dan Sarawak

Untuk sebarang pertanyaan, kemushkilan atau apa sahaja persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), anda boleh hubungi talian berikut:

Hotline SPNB: 1300 80 3838 
Tel: 603 – 26185555

Tidak Layak RMR1M?
Untuk mereka yang tidak layak memohon projek perumahan RMR1M ini, anda boleh baca artikel di bawah sebagai alternatif untuk mendapatkan rumah sendiri:

[Baca] Permohonan dan Borang Projek RMRPlus SPNB

Semoga bermanfaat. Dan semoga berjaya dengan permohonan RMR1M.

p.s: Penulis bukanlah agen kepada program ini, penulis hanyalah seseorang yang menyebarkan informasi ini supaya lebih ramai orang dapat miliki rumah sendiri. Tiada sebarang hubungan antara penulis dengan SPNB atau mana-mana Adun.

p.s: Segala jawapan kepada persoalan adalah sekadar pengetahuan dari penulis dan bukan kata muktamad atau rasmi yang dikeluarkan oleh SPNB


Sumber Asal: Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) h
Hargai Apa Yang Telah Orang Lain Tulis, Tolong Biarkan Credit Ini ... 
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Kredit : http://pantasterjah.blogspot.my/2016/02/permohonan-online-rumah-mesra-rakyat-1.html

0 Response to "PERMOHONAN ONLINE RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA (RMR1M)"

Post a Comment