KUALA LUMPUR - Hanya orang Melayu sahaja yang mempersoalkan usaha kerajaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke negara ini berbanding bukan melayu, demikian dakwaan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak Timbalan Perdana Menteri.
Menurutl Nurulhidayah, orang Melayu tidak sewajarnya merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum yang lain juga berkemampuan untuk berjaya dengan hasil usaha gigih mereka sendiri.
"Kalau nak bergaduh, kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri. Saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana? Orang yang bising ini adalah orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tak ada, bukan?
"Kenapa orang Cina boleh boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa? Mereka berniaga char kuey tiaw, buka bengkel, tak bising pun. Kenapa orang Melayu pula yang bising? Kenapa orang India tak bising? Sebab hati," katanya, lapor The Malay Mail Online.
Menurutnya lagi, usaha kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh itu tidak sepatutnya dijadikan isu. Selagi isu pekerja asing terus dipandang negatif, maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya dipersoalkan akan terus dibangkitkan.
"Dulu semasa gadis Malaysia lari ke Lombok, rakyat marahkan kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, buruh Bangladesh salah. Habis, takkan nak bawa pekerja Korea? Takkan nak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita? Boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati," katanya. - PIXEL MEDIA
Related Posts :
Astaghfirullah, Inilah 26 Dosa Istri Terhadap Suami, NomBor 17 Sering Di Lakukan !Terkadang Sebagai seorang Istri seringkali Merasa sudah Cukup dalam menjadi Pakain sang Suami. Namun beberapa hal tidak kita sadari, ternyat… Read More...
Masih Anda Ingat Gadis Manis Ditoreh mukanya??lihat Foto terkini Beliau yang sangat cun melecun.
#Masih ingat Nur Shafiqa mangsa toreh perompak 13 bulan lalu, inilah 3 foto keadaan terbarunya yang pasti buat korang tabik spring
… Read More...
24 Sebab Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Berpindah Ke Perth, Australia
Kenapa ramai orang Malaysia berpindah ke Perth, Australia? Mengikut pemerhatian saya:
Rakyatnya dijaga
Pengangkutan awam sangat senang… Read More...
GEMPAR !!! lelaki ini nekad membongkar lantai setelah mendengar bunyi pelik dari bawah.. Lihatlah apa yang dijumpanya sangat mengejutkan Kita
Seorang lelaki nekad membongkar #sebuah lantai akibat terdengar suara aneh dan pelik dari bawah tanah, setelah berjaya mengorek dan membua… Read More...
MOHON SEBARKAN! TERNYATA BIBIR PECAH-PECAH BUKAN KERANA KURANG MINUM, INILAH PENYABNYA.....
KAMU HARUS BACA, JIKA TIDAK INGIN BIBIRMU PECAH-PECAH
Mata kering : Kurang vitamin A, karotin
Bau mulut : Kurang vitamin B6, zinc
Gi… Read More...
0 Response to "1.5 Juta Pekerja Bangladesh, Orang Melayu Saja Yang Bising"
Post a Comment