Jangan panggil nama anak pendek-pendek. Panggil mereka dengan nama penuh. Kalau nama anak panjang 3 4 patah, siapa suruh letak nama anak panjang-panjang?



Tak susah nak jadi ayah yang terbaik pada anak-anak. Bila nampak anak dari jauh, cepat-cepat bagi salam. 

"Assalamualaikum Muhammad Ammar!" katakan begitu dan lemparkan senyuman sampai ke telinga padanya walaupun emosi kita tidak baik pada ketika itu.

Jangan panggil nama anak pendek-pendek. Panggil mereka dengan nama penuh. Kalau nama anak panjang 3 4 patah, siapa suruh letak nama anak panjang-panjang? 

Nama anak Muhmmad Tuan Anas Mikail Izrail Israfil Jibril, tetapi bila panggil anak, " Nas, sini jap!" Nampak? Rugi kan letak nama anak panjang-panjang. 

Baiklah, bila kita selalu memberikan salam, peluk cium mereka, hadiahkan sesuatu kepada mereka bilamana mereka berjaya dalam pelajaran atau apa-apa bidang yang mereka ceburi, otak mereka akan simpan satu perasaan cinta dan sayang kepada ayah. 

Buatlah setiap hari, latih otak mereka untuk mencipta satu memori 'Cinta & Sayang' kepada ayah. Kelak bila mereka sudah dewasa, mereka mudah untuk dibentuk.

Jangan tunjuk emosi yang tidak baik kepada anak-anak. Jangan marah isteri di depan anak-anak. Jangan marah pekerja di depan anak-anak. Paling mudah, jangan tunjuk negatif stress di depan mereka. 

Orang dulu-dulu kata, cakap kenyang depan anak-anak sedangkan satu biji nasi belum masuk dalam perut mereka. Selepas anak-anak kenyang, ada ibu bapa habiskan sisa-sisa makanan dari pinggan mereka. Ini sifat orang dulu tak mahu memberi anak mereka tahu masalah mereka. Sikit pun tak mahu beri anak mereka tertekan.

Namun, jangan dimanjakan sangat anak-anak. Apa yang mereka mahu, semua kita belikan. Jangan! Ini bahaya! Anak-anak boleh rosak bila kita terlalu majakan mereka. Didik mereka faham erti susah payah untuk mendapatkan sesuatu. 

Peranan ayah sangat penting dalam mendidik anak-anak. Bukan kerja ayah nak marah anak-anak tetapi sifat ayah perlu tegas dengan anak-anak. Tegas pula biarlah bertempat. Kerja ayah wajib tunjuk akhlak yang baik depan anak-anak. 

Sedih bila melihat ayah merokok depan anak-anak. Bila anak hisap rokok, mereka pukul dan marah. Jangan pukul mereka, tetapi suruh anak pukul kita sebab kita yang menunjukkan akhlak yang tidak baik pada mereka.

Nabi SAW mendidik anak-anak dalam suasana kasih sayang. Suasana cinta Allah dan Rasul sehingga anak-anak Nabi SAW sanggup berlapar demi Allah dan Rasul. 

Nabi SAW adalah ayah yang terbaik di alam ini sehingga hari kiamat. Sebab itu kita wajib jadikan Nabi SAW sebagai contoh dalam kehidupan seharian kita. Ayah mesti menjadi kawan kepada anak. Apabila mereka menganggap kita sebagai kawan, bila ada masalah, mereka akan kongsikan dengan kita. 

Moga Allah pilih kita menjadi ayah dan ibu yang baik kepada anak-anak. - Matt Rangers | PIXEL MEDIA

0 Response to "Jangan panggil nama anak pendek-pendek. Panggil mereka dengan nama penuh. Kalau nama anak panjang 3 4 patah, siapa suruh letak nama anak panjang-panjang? "

Post a Comment